Pages

Subscribe

Wednesday, May 30, 2012

baking caramel pudding~

Assalammualaikum..

hye readers..Dah lamekan aku tak update blog ni. Nak kate busy kerje, aku tak dapat kerje lagi..hehe.. Belum ade rezeki lagi..Dah dapat offer tp aku demand sangat kot.. Tapi memang gaji tak cukup pon kalau aku terime.Sorry taw..hehe..So, dah cuti lame sangat aku dah cube banyak resepi taw. Aku kan merangkap suri rumah yang tak de suami lagi.hehe..

Actually semalam mak ayah aku balik dari Perjumpaan ex-staff Felcra (aku ingat student je ade reunion), dah petang baru diorang balik, tibe-tibe je mak aku cakap "eba, mak ade resepi baru dapat tadi kawan mak bagi, mak tahu ko kan rajin masak-masak kn (ade pujian kat situ), ko try buat boleh?" Aku try lah tengok resepi tu. Bahan tu simple je bile aku tengok. Tapi aku masih pending lagi tu resepi ape. Mak aku cakap tu kek.

Hari ni, dalam pukul 5 lebih tadi sediakan semua bahan-bahan.

i. Gula
ii. Telur
iii. Susu cair
iv. Air
v. Biskut cream / roti

Step by step aku ikut resepi tu tapi aku stilll lagi tak sure kek ape aku buat tu. Tapi mase aku sediakan bahan-bahan aku pelik, asal kek ni tak de gune tepung. Tapi aku teruskan jugak buat sebab nak tengok ape yang jadik nanti..hehe.Mak dh suruh try, aku try lah. Dah siap semua bahan-bahan tu, aku bace kat resepi tu, mak tulis hanguskan gula sikit pastu sapu-sapu kat tepi loyang. Aku pon buat lah, tapi gula tu memang pada asalnya cair, tapi cepat beku. Aku tetapu buat jugak sebab aku tak pikir resepi ape yang aku buat tu. Lepas aku letak acuan tu semua dalam loyang, air pon dah mendidih, aku kukus lah acuan tu. pastu baru aku terpikir. "Tu macam nak jadik puding caramel yang aku suke makan. Yeah, memang aku buat pudding caramel".

Selame ni aku cume mampu beli dan makan je. Tak pernah terpikir nak buat. May be aku tak terpikir tu pudding sebab guna biskut kot, Biasenye kan orang guna roti kan. Name lain pon pudding roti. Caramel tu sebab gula hangus cair tu je kan. Aku pon buatlah caramel tu.

Aku kukus acuan lebih kurang 30minit dan siap! nak try letak atas dulang biar nampak cantik. Tapi tak boleh sebab melekat kat loyang disebabkan gula hangus yang aku sapu tu. Hahaha.. Takpelah. potong dalam loyang pon boleh. Nasib baik jadik dan ia sedap okeh! Cuma tak boleh makan banyak. Manis dan sedikit muak. Ade susu cair kan. Dah habis pon sebab aku bagi jiran-jiran rumah ni. Lagi pon aku tahu, memang tak kan habis pudding tu kat rumah aku. Selama ni pon aku baking ape-ape kek ke kuih memang bagi orang je. Nak makan memang tak laratlah. Kene control makan, kalau tak naik mendadak, almaklum lah. Duduk rumah kan.

May be next time aku akan buat lagi sebab kat kampung aku ni aku tengok jarang ade pudding caramel ni mase kenduri ke. Ayah mak ade offer, pergi kursus buat kuih-kuih tradisional or kek untuk bisness. Tapi aku pikir dulu lah. Belum berani buat keputusan buat mase sekarang. hehehe


ni yang dah siap potong..nampak sedap tak? okie lah dari tak jadik kan..




yang di dah dalam bekas nak bagi kat jiran aku! heheh

*thanks for reading. tunggu untuk post akan datang pulak!



Thursday, May 10, 2012

i have read this

Assalamualaikum wbt..

i have read this word:

"you suck, you're selfish, you asshole, you cruel, idiot, who doesn't deserve to be cared for by a person people like me"

"but i don't know, why i m still love you, stupid"

i m hurt but its might be KARMA for me


Tuesday, May 1, 2012

baking apam polkadot

Assalammualaikum wbt...

Hye..disebabkan aku ambik cuti yang agak panjang ni, adelah sikit-sikit aktiviti yang berfaedah yang tak berfaedah pon ade gk aku buat..Okey, aku nak bagitahu something" aku buat apam polkadots"..class tak aku nyah??hahaha..

Actually kak ngah aku yang offer nak ajar buat apam ni sebab dia da penah buat kan..So, dia ajar aku pulak. boleh tahan penat tangan aku nak pukul tepung telur tu sampai kembang..hahaha..ade jugak askar-askar kecik yang sibuk nak tolong jugak.. First polkadot tak cantik langsung. Ade yang terpanjang lah, terbentuk empat segi lah tapi practice make perfect okey. Makin lame makin cantik dan baru aku sedar tangan aku berseni rupenye..hahah

Kami buat inti blueberry dan strawberry. Warna pun cuma warna pink and purple. Mula-mula kukus ianaya cantik. Tapi entah kenapa tibe-tibe apam tu macam berbintik-bintik jadik macam span basuh pinggan pulak. Kitorang ingatkan sebab kain kat penutup tu basah, da tukar tapi still jadik camtu. Sumpah, tengok rupe apam tu seram tapi dun judge book by the cover okey. Mlas cakap banyak lah, Still sedap and lembut okey! Tapi camne nak amik order beribu-ribu ni.. Hnacur bisness aku. Rugi..ahahaha..

So, ni lah beberapa hasil yang aku sempat ambik gambar apam-apam yang tak berapa comel!




Amacam?? Power tak aku?? kalau korang nak tempah, masih belum dibuke(perasan!!)hahah..So,wait for next recipe okey..chill~

*thanks for reading this entry.





Saturday, April 28, 2012

its too late but its great

assalammualaikum wbt....

hye u all...mood hari ni happy. This is because my final result is ?.?? ye aku tahu result aku tak ade lah sebaik result orang lain tapi result ni aku dapat untuk sekian lamanya dan datang dari titik jerih aku sendiri walaupun aku belajar dalam air conditioner je pon..hahah.. Untuk yang tak tahu aku ambil course ape untuk diploma aku korang boleh bace entry ni. Tapi entry tu agak childish sikit taw. Almaklumlah, masa tu baru kenal blog. Hahaha

Tajuk post pon "its too late but its great" even aku lambat be a graduated person but my result is not bad. Sebab aku selalu fikir kalau aku rasa aku cantik, aku kene ingat ade yang lagi cantik dari aku. So similar lah dengan result aku ni. Kalau aku rase result aku teruk, aku kene ingat jugak ade yang lagi teruk dari aku. So, for conclusion my result is great! hahah.. Alhamdulillah Ya Allah.. Mungkin ianya bukan terbaik kalau dikalangan yang terbaik tapi aku tetap bersyukur.

3 tahun aku tunggu. Seriously, banyak dugaan taw. Orang lain tak lulus, aku pon tak lulus, orang lain lulus tapi aku pulak tak lulus. Yes, i am ex-repeater for the killer subjek okey! Anatomy And Physiology. For me lah. Tak tahulah kalau bagi orang lain setakat petik jari je. Huh! Tapi alhamdulillah aku berjaya jugak lulus setelah bernota-nota aku buat. Hahaha. powerkan aku.


bila aku fikirkan balik, kenapelah dulu masa sekolah aku tak study se"hard" macam kat Uni ni. Kalau aku study se"hard" macam kt Uni ni, mesti tak adalah aku bersusah payah dan lambat untuk habis belajar. Tapi bak adik aku cakap "mungkin ada hikmah nya". Adik aku yang 5 tahun bawah aku yang cakap taw. Yeah, he said! Tapi dia pun cuma ulang ape yang cikgu dia cakap lah. Hahahaha. Hey, dia bakal ambik SPM okeh tahun ni. Tadi baru aku hajar dia Matematik Moden. Memang aku dapat A1 untuk Math moden ni tapi disebabkan Medical Imaging ni tak de guna calculator, aku nak tekan calculator pon aku take time. Aku pikir dulu button mana yang patot aku tekan. hahaha.. LEMBAP!

Mak ayah, thanks for everything. Banyak sangat aku menyusahkan diorang tapi kalau aku tak de sape lagi yang nak menyusahkan diorang kan??hehe.. Kawan-kawan yang banyak support pon "aku sayang korang"!

*thanks for reading this entry and wait for my convocation entry will soon!





Tuesday, April 24, 2012

please..i m not strong enough

assalammualaikum..

hye readers..malam ni macam malam semalam.mungkin aku tidor dengan lena dengan hati sakit..hahaha..ya Allah...besar betul dugaan Kau.. aku cume tahu starting tapi aku tak tahu macam mane aku nak ending kan nye..

penah dengar cerite rumput hijau tak?? mungkin ia sudah berlaku pada kita atau mungkin akan berlaku suatu hari nanti ~



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang cikgu yang sedang mengajar. Ketika itu, Cikgu itusedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog antara pelajar dan cikgu tersebut berbunyi begini :

Murid : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu  : Oh, kamu nak tahu ke?. Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je OK…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Murid : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Murid : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Murid : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.



*hargai apa yang telah kita ada..semuanya dah tak boleh patah balik lagi.,thanks for readings~

Monday, April 23, 2012

my anak buah yang comel!

assalammualaikum wbt..

bosankan semenjak mendaftar jadi penganggur ni..hari-hari buat benda yang same..ayah cakap nak offer kerje tolong die buat bancian dalam kampung aku ni..ok..ganjarannye masih boleh dipertimbangkan..hehehe..tunggu nanti update pasal bancian tu(tu pon kalau rajin).okeh..main capter untuk post kali ni adelah anak-anak buah aku..actually aku ade 5 anak buah..tapi insyaallah in september keluar lagi seorang..diam-diam aku da tue rupenye kan..tapi aku tetap nak memantain kan kemudaan..aku tak nak panggilan makcik ke auntie ke ape-ape lagi yang menampakkan tak comel nye makcik mereke tu nanti..aku suruh diorang panggil aku cik eba..comel kan??aku tahu...

weekend ni cume ade 3 orang je yang balik kampung sebab lagi 2 orang tu nk celebrate bufday kt tempat lain so tak balik kampung lah..tapi yang 3 orang ni semuenye dah kecoh kan dan porak perande kan rumah ni macam diorang tu ade 10 orang..Adam mukriz yang sulung, Adam naufal yang second and Adam muzaffar yang paling last..diorang dah buat gelaran masing-masing lagi..ade Adam besar, ade Adam sederhana and ade jugak Adam kecik..tapi Adam yang sederhana ni degilnye mak ait..lincah!!die tak nak gelaran Adam sederhana tapi die buat gelaran sendiri Adam kecik besar sebab die diantara yang kecik dan yang besar!


Saya Adam besar! umur saya 5 tahun.


Saya Adam sederhana (baru lepas nangis kene marah). umur saya pulak 4 tahun.


Saya Adam paling kecik!! comel kan saye! umur saya pulak baru nak masuk 2 tahun.

Tige-tige Adam masing-masing ade peragai diorang masing-masing..yang sulong ni agak matured sikit..almaklum lah, sulung kan..banyak mengalah dengan adik-adik dia tapi kalau dia da marah dia mainpukul je adik-adik dia dengan rasa kuatnye..hahaha..Adam sulung ni jugak adan yang paling rapat dengan cik Eba dia ni..muke kitorang kan same(mase kecik2 lah..hahaha) dia tak berape suke bende yang ganas-ganas tapi dia sangat suke dengan gamemacam PS ke, game in phone ke, game kt laptop  ke..senang cite dia ni canggih lah..game yang aku tak reti main pon dia boleh ajar aku main..hakhakhak

untuk Adam sederhana ni dia memang agak aggresif and active! serius! tadi mase dalam kerete nak balik dia boleh panjat kerete and main jegah kat tingkap sambil berdir dan dengan muke selambe jeeee..rilek je lu kan..klau dalam rumah ni, dia punya berlari macam bateri yang full!tapi bile beteri dia dah weak, tak boleh nak usik, abes kene marah..

untuk Adam yang paling kecik and paling comel ni, dia tak tahu bercakap lagi..so cume mampu uhh ahh uhh ahh..tu jelah..hahaha..tapi siyes!! sangat comel!! orang lain buat ape sumue dia nak ikut..comel! kuat makan dan dia akan suke dengan orang yang bagi dia makan je..hahaha..

Adam sulung dgn Adam sederhane tu dah sekolah tadika taw..pandai! tadi aku inteview diorang macam-macam! bagus lah tadika diorang..dirang da pandai bace al-fatihah, ayat kursi, solawat nabi, mengucap siap maknenye sekali taw surah al-ikhlas, surah al-falaq. hey, diorang pon patriotik jugak, diorang pandai nyanyi lagu negaraku taw..comel kan.. bile diorang dah balik rumah diorang semule tadi rumah aku ni jadik sunyi taw. bosan lah diorang takde!

yang lagi duo orang anak buah aku ni pulak name diorang haziqah safiyyah and lagi seorang zharif qusyairi.


me..Haziqah saffiyah! umur saye 4 tahun dan dah bertadika jugak.. 


hye! saye Zharif qusyairi..baru nak masuk 2 thun jugak!

safiyyah ni mak aku cakap muke dia dengan aku lebih kurang mase kecik.. dengan tembam-tembam nye..rambut nye lurus..cumel jugak aku kan..hahaha..adek dia pulak senang nak mesre dengan orang lain dan dia sangat suke ketawe taw..senang nak buat dia ketawe and itu yang membuatkan dia comel!

aku tak tahu macam mane agaknye rupe anak aku nanti sebab aku sendiri tak tahu siape suami aku nanti! perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknye..cmne ni??

Saturday, April 14, 2012

done

assalamualaikum..

okeh..da lama nampknye aku tak update kat blog ni..mungkin sebab busy! busy with my schedule for practicle, busy with my case study, busy sbb aku akan free untuk jangka mase yang lame..alhamdulillah genap 3tahun aku bertungkus lumus (padahal mase nak final baru tungkus2 lumus) untuk my diploma in Medical Imaging walaupun agak lambat bagi umur macam aku..hehe..tu lah mase SPM main main lagi.


sem 1..ohyeh..aku nampak cute  itu aku tahu..tahu sangat,,degan badan yang ramping lagi mengode!awww!


sem 2..ohyeh..brt badan maseh dalam pengawalan lagi..masih muat baju itu! anggun kan..okeh aku tahu!



sem 3 ok shit! berat badan sukar dikawal..oh tidaaak!!!


sem 4..berat badan kembali terkawal kesan dari masalah masalah yang bergelimpangan..good news!


sem 5..okeh..masalah dah selesai dan berat kembali meningkat! ohyeh..aku bahagie!


sem 6..back to normal cume tak secute budak mase sem 1 tu..hahah


Year one, year two and year three,,yes! aku admit every year banyak buat perubahan untuk aku. for sure lah subjek setiap tahun mesti lah berubah, kawan, cinta, pemikiran, berat badan (aish! menyampahlah cakap pasal berat badan ni) dan macam macam lagi..haha..rasa sedih gembira semua dah bercampur dan dah membeku pun..


So, untuk mengisi mase-mase yang terbuang ni aku plan nak jdik tukang masak and aku aku update kt sini KALAU aku ade masaka pape..itu pun KALAU okeh..

mesti syok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...